ASYRAF CHALET, PENGKALAN BALAK, MELAKA

ASYRAF CHALET

persekitaran 2 [320x200]

PANTAI PADANG KEMUNTING,

PENGKALAN BALAK, 78300 MASJID TANAH,

MELAKA.

Asyraf Chalet beralamat di Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak Masjid Tanah Melaka, adalah merupakan chalet murah dan menjimatkan yang berada di persisiran Pantai Pengkalan Balak.  Kedudukannya yang berdekatan dengan pantai membuatkan anda dapat menikmati satu hari yang santai dan tenang sama ada di hujung minggu atau bercuti pada hari biasa. Anda akan berpeluang melihat matahari terbenam jauh ketengah laut bersama orang  yang dikasihi kerana chalet kami terletak berdekatan dengan pantai pengkalan balak, pantai yang indah dan selesa untuk percutian anda.


Kami juga menawarkan kepada anda kemudahan-kemudahan untuk anda yang inginkan percutian lengkap dan meriah bagi yang datang sama ada dengan keluarga, ataupun rakan kerana kami menyediakan perkhidmatan sewaan bagi: pusat karaoke dan kawasan untuk BBQ.


Asyraf Chalet juga terletak berdekatan dengan pantai pengkalan balak di mana terdapat perkampungan nelayan yang pastinya membuatkan anda tertarik untuk mempelajari cara hidup mereka. Anda juga mungkin berpeluang melihat sendiri penyu karah yang banyak terdapat di Pantai Pengkalan Balak ini.

Buat anda yang tercari-cari penginapan yang murah, selesa dan tenang,di sinilah tempatnya dan anda pasti gembira bersama kami dan kami mengalu-alukan kedatangan anda ke sini.


Leave a comment »